/*
~@~.::KeRaNaNYA KiTa BeRtEmU...KeRaNaNYA KiTa MeNyULaM rInDu...dAn KeRaNaNYA KiTa BeRsAtu::.~@~


· · · · · · · · · · · · · · · · · · · · · · · ·






~Semanis pertemuan..seindah kenangan..semaian kasih..tuaian ukhwah..memori di abadi sepanjang zaman..mardhatillah menaungi..direstui Allah..Semoga sentiasa diberkatiNya~

















.........::Tentang Diriku::.........


Nama:Siti Fatimah Bt Hj. Saidin


Nickname:kasih_kekasih


T/Lahir:25 December 1982


Mail:honeydew_2512@yahoo.com



YM Kalau rajin Buzz!!! ek...








sahabat sedang online








. : Linkkan Saya: .







. : Linkkan Saya: .




   

<< October 2019 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31





















~*~My Baby Cute~*~





































Web Counters






~*~Galeri Kasih_Kekasih~*~








~*~Galeri Kunjunganku~*~








~*~Galeri Blog Sahabatku~*~







~*~Galeri Novel~*~




















~*~..::kasih kekasih guestbook::..~*~











.: Reading :.


+++++++++++++
.: Mutiara Kata :. +++++++++++++

Apabila seseorang itu redha dgn kesakitan, maka kesakitan itu akan menjadi pembersih dosa-dosanya
Riwayat Bukhari-

Menuntut Ilmu adalah taqwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang-ulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad.
Al-Ghazali-

Cinta yg sejati ialah cinta yg tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.
Yahya bin Muaz-

Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya
Riwayat ABU NAIM-

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia
Abdullah bin 'Amr R. A-

yang dekat itu MATI, yang jauh itu MASA, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang ringan itu SOLAT, yang tajam itu LIDAH.
Al-Ghazali-

Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.

+++++++++++++++++++
.: Santapan Rohani :.
+++++++++++++++++++

Rahsia Puasa
1.Ghaddul Basar.
Menundukkan pandangan
2.Hifzul Lisan.
Menjaga lisan
3.Kaffus Sami'.
Menjaga pendengaran
4.Kaffu Baqiyyatil Jawaarih.
Menjaga anggota badan yg lain
5.Alqasdu fil Ifthar.
Sederhana dalam berbuka
6.Alqalbu Baina Raja' wal Khauf.
Hati penuh pengharapan dan takut kepada Allah

+++++++++++++++++++++++++
.: Kalamku Mula Berbicara :.
+++++++++++++++++++++++++

Wahai Rasul Ku Rindu Hikmahmu
Sahabat-sahabat,dengan nama Allah,mari kita..
Saling merapatkan,bukan merenggangkan
Saling mempersaudarakan,bukan memperseterukan
Saling mengilmukan,bukan menjahilkan
Saling menyatukan,bukan memecahbelahkan
Saling menyayangkan,bukan membencikan
Saling mempermudahkan,bukan menyusahkan
Saling mencerahkan,bukan menggelapkan
Saling menyelesaikan,bukan membebankan
Saling membijaksanakan,bukan membebalkan
Saling memurnikan,bukan mengeruhkan
Saling mensalihkan,bukan memfasikkan
Saling menggembirakan,bukan menyedihkan
Saling memuliakan,bukan menghinakan
Saling menguatkan,bukan melemahkan
Saling membinakan,bukan meruntuhkan
Saling meningkatkan,bukan menurunkan
Saling menguntungkan,bukan merugikan
Saling mengindahkan,bukan memburukkan
Saling menyedarkan,bukan memalukan
Saling membahagiakan,bukan mencelakakan
Saling mendoakan,bukan mela'natkan
Saling mentaqwakan,bukan memaksiatkan
Saling melembutkan,bukan menggarangkan
Saling menasihatkan,bukan menggelarkan
Saling mendamaikan,bukan menggawatkan












Friendship ends when you stop sharing.
Love ends when you stop caring
Hope ends when you stop believing.
Life ends when you stop dreaming










If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, July 25, 2008
Beralih ker teratak nan indah...

 

 kasih_kekasih kini berubah wajah dan serinya ke teratak mahl!ga! kas!ih

kasih_kekasih telah menemui kebahagiaan nan kekal abadi... syukur padaNya..

 

 

 

 


Posted at 03:50 pm by kasih_kekasih
~komen kat sini yee~  

Friday, June 29, 2007
Saat indah dalam hidupku...


Posted at 09:23 am by kasih_kekasih
Comment (1)  

Saturday, May 05, 2007
.....Jemputan Ke Majlis Walimah Syuk & Kasih_Kekasih.....

 

 


Posted at 11:43 am by kasih_kekasih
~komen kat sini yee~  

Tuesday, December 12, 2006
Aku Ada Karena Kau Ada...........

 

 

Cinta adalah anugerah yg Kuasa
Yang bila terasa betapa indahnya
Sungguh lemah diriku
Tak berarti hidupku
Bila tak ada dirimu

Andai ku bisa akan ku balas
Semua yang pernah engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku

Aku ada karena kau pun ada
Dengan cinta
Kau buat diriku hidup selamanya

Andai ku bisa akan ku balas
Semua yg pernah engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku


Posted at 09:51 am by kasih_kekasih
Comment (1)  

Saturday, November 25, 2006
.........

 

 

 

Aku bahagia bersamamu..
Saat kau pilih aku sebagai permaisuri hatimu..
Indahnya saat itu..
Kenangan terindah yang ku impikan dalam hidupku..

Kini kita hampir melalui satu detik..
Detik paling bermakna dalam hidup kita..
Detik yang bakal menyatukan cinta kita..

Semoga dikau berbahagia di sampingku..
Akan ku cuba menjadi ratu di hatimu..
Mahligai kasih kita bakal bersemi kini dan selamanya
...

 

 


Posted at 09:25 am by kasih_kekasih
~komen kat sini yee~  

Friday, October 20, 2006
Salam Aidilfitri.........

 

 Salam Aidilfitri....
Maaf Zahir & Batin

 

 


Posted at 04:06 pm by kasih_kekasih
Comment (1)  

Monday, September 11, 2006
Salam Ramadhan...

 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..
Semoga kita mendapat seribu keberkatan di dalam
Bulan yang mulia ini.....

/

 

 


Posted at 02:16 pm by kasih_kekasih
~komen kat sini yee~  

Monday, July 17, 2006
Sekiranya Kita Di Takdirkan Bersama...

 

Seorang yang bernama lelaki

andainya satu hari nanti

kita ditakdirkan bersama

melayari bahtera kehidupan

usah kau mimpi selaut sutera kehidupan

usah kau igau kasih sayang menggunung tinggi

juga usah kau harapkan

kesempurnaan yang mutlak dari diriku... ...



Akuilah hakikat yang tersurat

aku bukan SITI KHADIJAH

mahupun permata SITI FATIMAH

aku bukannya SITI AISYAH

mahupun UMMUL MUKMININ yang lain

bukan juga RABIATUL ADAWIYAH

wanita suci terpuji

juga tak mampu mencapai martabat SITI MARYAM...

MARSHITAH... ..ataupun UMAIYAH... .



Kau yang bernama lelaki

mengertilah dengan waras keislaman

aku hanya wanita akhir zaman

cuba mempertahankan maruah

serta kesucian diri

sebagai MUSLIMAH

berlandaskan garisannya... ...



Kau yang bernama lelaki

demi keranaNYA semata-mata
Bahagia

tak Ku tagih apa-apa darimu

bukan Ku pinta harta menggunung tinggi


cuma Ku pohon sebuah pengertian

kasih sayang suci

bahawa AKU adalah amanah untuk diri Mu... .

sekiranya kita di takdirkan bersama... ..


Posted at 04:42 pm by kasih_kekasih
Comment (1)  

............

 

Saat ini...
Detik ini...
Ketika ini...
Akulah insan paling bahagia...
Menerima sejambak mawar merah darimu...
Pemberian yang ku nantikan selama ini...

Sayangku..
Terima kasih atas kebahagian ini...
Akan ku setia padamu...
Setia dengan janji-janji kita..

Sayangku...
Detik yang kita impikan kian menghampiri...
Detik yang akan menyatukan cinta kita...
Yang akan membawa kita...
Menuju mahligai kasih yang kita impikan bersama...

Harapan ku semoga mahligai ini...
Kan kekal untuk selamanya...



Posted at 04:41 pm by kasih_kekasih
~komen kat sini yee~  

Wednesday, June 28, 2006
????

 

Apakah yang ada dalam taman hatiku kini..
Sedih?
Kecewa?
Marah?
Benci?
Aku sendiri merasa buntu
Apakah ku harus bertahan
Atau melepaskan saja semua ini
Jauh dari hidupku

Fikiran ku masih melayang jauh memikirkan
Apakah aku masih bermakna dalam hidupnya?
Apakah aku masih penting padanya?
Sanggupkah dia lakukan apa saja demiku?

Pertanyaan masih tiada jawapannya
Masih tiada noktah
Apakah semua ini akan terurai

Mungkin mendiamkan diri
Adalah yang terbaik ku lakukan
Di saat ini..
Akan ku biarkan dirimu
Dengan 'dunia' mu itu
Takkan ku ganggu dan menghalangmu lagi

Aku hanya mampu berdoa
Semoga cintaku masih kukuh buatmu
Dan seandainya tiada lagi cinta di hatiku buatmu
Carilah insan yang lebih baik dariku
Dan sudah pastinya
Dalam diriku
Takkan wujud lagi rasa cinta itu
Biarpun pada insan lain..
Kerana pintu hatiku sudah tertutup
Untuk seorang insan bernama
Lelaki...............

Biarkan aku melayari hidup ini sendirian....




Posted at 09:08 am by kasih_kekasih
Comment (1)  

Next Page


Free DHTML scripts provided by
Dynamic Drive